Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: 63.58 Peratus Mengundi Setakat 2 Petang
Politik

PRK Nenggiri: 63.58 Peratus Mengundi Setakat 2 Petang

PRK Nenggiri: 63.58 Peratus Mengundi Setakat 2 Petang

Warga emas, Siti Minah Mat Salleh,71, menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri melebihi jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila 63.58 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang ini.

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK itu ialah 60 peratus.

Angka itu juga melebihi peratusan keluar mengundi dicatat DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri ke-15, Ogos tahun lepas yang hanya mencapai 61.09 peratus.

Sebanyak 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar hari ini berpeluang memilih wakil rakyat baharu dengan menunaikan hak masing-masing di kesemua 20 pusat mengundi melibatkan 46 saluran yang dibuka serentak 8 pagi tadi.

Empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Pusat mengundi di Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat pula akan ditutup pukul 3 petang, manakala 14 lagi pusat mengundi ditutup 6 petang nanti.

Dua helikopter digunakan untukmembawa peti undi dari pusat mengundi di kawasan Orang Asli Pos Simpor dan Pos Gob yang terletak lebih 100 kilometer dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.

Sebelum ini, 43 kertas undi pos telah dikeluarkan untuk individu yang bertugas sepanjang PRK termasuk anggota polis.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...