Friday , 20 September 2024
Home Politik Kemenangan BN Rangsangan Moral Penting Kepada Kerajaan Perpaduan – Pemimpin UMNO
Politik

Kemenangan BN Rangsangan Moral Penting Kepada Kerajaan Perpaduan – Pemimpin UMNO

Kemenangan BN Rangsangan Moral Penting Kepada Kerajaan Perpaduan – Pemimpin UMNO

fb Dr Asyraf Wajdi Dusuki

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,yang antara lain memperlihat sokongan pengundi Melayu kembali kepada parti itu, menjadi rangsangan moral penting kepada kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Aysraf Wajdi Dusuki berkataia seperti dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan parti itu dan BN sebagai tunjang utama Kerajaan Perpaduanbagi meraih kembali sokongan Melayu yang selama ini dilihat menjauhkan diri.

“Secara khususnya, UMNO dan BN ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menterikerana beliau amat mengikuti (PRK ini) secara dekat dan membantu kami dalam pelbagai aspek.

“Bahkan Perdana Menteri sentiasa menghubungi Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan kepimpinan untuk memastikan kemenangan ini,” katanya dalam sidang media selepaspengumuman keputusan PRK itu di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musangdi sinimalam ini.

Terdahulu, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan menang dalam PRK itu dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi untuk menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739 undi.

Asyraf Wajdi juga berkata kemenangan di Nenggiri adalah di luar jangkaan yang menyaksikan saluran anak muda berpihak kepada BN termasuk dipusat daerah mengundi yang sebelum ini dikuasai PAS.

“Saya melihat mereka turun berkempen serta memberikan sokongan dan yang paling penting, kita tidak jangka pengundi-pengundi (yang menetap di) luar (DUN) yang selama ini (secara) tradisinya lebih berpihak kepada PAS…ramai berisokongan kepada BN,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub pula berkata kemenangan itu menunjukkan sokongan Melayu kembali kepada parti berkenaan dan BN kerana hampir 100 peratus daripada 20,259 pengundi di DUN tersebut adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi BN Kelantan itu berkata kejayaan tersebut juga adalah satu pengharapan amat besar daripada rakyat Nenggiri yang inginkan pembelaan daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kejayaan ini juga adalah satu ujian kepada Mohd Azmawi Fikri yang telah berjaya menambat hati pengundi bukan sahaja dengan sifat beliau yang lemah lembut, selalu membantu dan yang penting,beliau adalah figura baharu UMNO di Kelantan.

“Kita mempunyaiperjalanan agak panjang selepas ini, sudah tentu kita mesti tunaikan apa yang kita dengar daripada rakyat, apa yang dimohon oleh rakyat,” katanya sambil menambah DUN Nenggiri boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk UMNO dan BN bangkit di Kelantan.

Ditanya mengenai faktor kejayaan itu, Ahmad Jazlan yang juga Pengarah Operasi BN bagi PRK DUN Nenggiri, berkata pemilihan calon yang tepat dan pengumuman lebih awal adalah antara resipi kemenanganselain strategi kempen agak berlainan berbanding pilihan rayasebelum ini.

"Apabila orang tanya saya mengapa kali ini kelainan agak jelas kerana tiada manifesto sedangkan pihak lawan mengumumkan manifesto dalam ceramah yang begitu besar.

"Saya kata manifesto Awie (Mohd Azmawi Fikri) hanya satu iaitu berkhidmat kepada rakyat sekiranya rakyat memberi sokongan. Itulah manifesto paling berharga," katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...