Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Jumlah Keluar Mengundi Menggalakkan Setakat 11 Pagi
Politik

PRK Nenggiri: Jumlah Keluar Mengundi Menggalakkan Setakat 11 Pagi

PRK Nenggiri: Jumlah Keluar Mengundi Menggalakkan Setakat 11 Pagi

Pengundi muda Orang Asli Rosliza Ali, 25, menunjukkan jari yang mempunyai kesan calitan dakwat kekal selepas mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Sekolah Kebangsaan Meranto, hari ini.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Barisan Nasional, yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Peratusan keluarmengundi warga emas dan anak mudapada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkatakedua-kedua saluran pengundian itu menunjukkan kehadiran yang tinggi dengan peratusan mengundi di saluran warga emas mencatatkan jumlah tertinggi diikutisaluran pengundi muda.

“Macam biasa, pada sebelah pagi ia lebih kepada saluran warga emas dan saluran muda baru mula (meningkat), selepas pukul 11 ke atas makin rancak mereka turun (mengundi),” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh di sinihari ini.

Beliau berkata setakat 11 pagi, sebanyak 40.43 peratusdaripada jumlah keseluruhan 20,216 pengundi biasa telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sejak kesemua 20 pusat mengundi bagi PRK itu dibuka 8 pagi tadi.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ramlan berkata peratusan keluar mengundi untuk tempoh sama kali ini lebih memberangsangkan berbanding Pilihan Raya Negeri ke-15 di Kelantan Ogos tahun lepas yang hanya mencatatkan 30 peratus.

“Saya amat mengharapkan pengundi yang belummengundi dapat keluar awal supaya proses hari ini tidak tergendala kerana petang nanti mungkin akan hujan dan sebagainya,” katanya.

Mengenai situasi banjir kilat di Kampung Serian Batu 11 malam tadi,Ramlan berkata SPR telah menghantar kelengkapan seperti bot dan perahu, sejurus mendapat maklumat mengenai perkara itu daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK berkenaan Nik Raisnan Daud.

“Banjir berlakudi Kampung Serian Batu 11, dan tempat mengundi (mereka) di Kampung Serian Batu 12. Kita telah melaksanakan tindakan segera dengan menghantar bot atau perahu untuk bawa pengundi-pengundi dan setakat ini (banjir)sudah surut dan dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan pengundi tidak dapat turun mengundi di kesemua 20 pusat mengundi bagi PRK itu.

Sementara itu, Ramlan berkata SPR telah menerima satu laporan mengenaikesalahan kecilpilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954melibatkan bahan kempen atau poster yang tidak mengikut peraturan.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...