Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi Rasionalisasi Diesel Beri Kesan Minimum Terhadap Inflasi – BNM
Ekonomi

Rasionalisasi Diesel Beri Kesan Minimum Terhadap Inflasi – BNM

Rasionalisasi Diesel Beri Kesan Minimum Terhadap Inflasi – BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour (Kredit: BNM)

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulanlangkah-langkah mitigasi kerajaan walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam inflasi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata langkah itu meminimumkan kesan kos kepadaperniagaan.

Setakat Jun, kesannya agak minimum dan berdasarkanprestasi separuh tahun pertama, inflasi tidak akan melebihi 3.0 peratus tahun initanpa mengambil kira keadaan di luar jangka seperti berlaku kejutan di peringkat tempatan dan luaran, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata unjuran inflasi keseluruhandan inflasi teras bagi tahun ini akan kekal masing-masing dalam julat 2.0 peratus-3.5 peratus dan 2.0-3.0 peratus.

Abdul Rasheed berkata kesan rasionalisasi subsidi diesel dan RON95 telah diambil kira dalam jangkaantersebut.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata rasionalisasi subsidi tidak akan dilaksnakan terhadap petrol RON95 buat masa inikerana kerajaan mahu memastikan orang ramai memahami sepenuhnya langkah itu.

Semasa sidang media, Abdul Rasheed turut menekankankenaikan dua angka konsisten dalam inflasi kos perubatan yang memerlukan tindakan kolektif oleh pihak berkepentingan.

Beliau berkata inflasi kos perubatan di Malaysia meningkat 12.6 peratus tahun lepas, lebih dua kali ganda daripada purata global sebanyak 5.6 peratus dan 6.2 peratus dicatatkan di Asia Pasifik.

Related Articles

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025
Ekonomi

Pinjaman perniagaan dijangka meningkat 6.4% pada  2025

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman perniagaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 6.4...

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan
Ekonomi

Dividen ASB naik, bukti pemulihan ekonomi yang mapan

PEMANDANGAN dari udara bangunan Merdeka 118. PETALING JAYA: Pengagihan pendapatan sebanyak 5.75...

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025
Ekonomi

Bank Islam sasar RM28b pembiayaan mampan pada 2025

MENARA Bank IslamPETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menetapkan sasaran...

Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri IdrisKUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,...