Home Ekonomi MITI Peroleh Potensi Eksport RM8.33 Bilion Ke Thailand – Tengku Zafrul
Ekonomi

MITI Peroleh Potensi Eksport RM8.33 Bilion Ke Thailand – Tengku Zafrul

MITI Peroleh Potensi Eksport RM8.33 Bilion Ke Thailand – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Livevartha) –Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meraih potensi eksport bernilai RM8.33 bilion menerusiMisi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Thailand selama dua haribermula15 Ogos lepas.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata hubungan dua hala Malaysia dan Thailand sememangnya saling menguntungkan selama beberapa dekad.

“Kami akanmenyegerakan komitmen penyumberan terbaharu daripada syarikat-syarikat Thai ini termasuk dalam sektor halal yang mempunyai banyak potensi belumditerokauntuk kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.

Misi itu diketuai Tengku Zafrul diiringi Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel serta wakil-wakil daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

MITI turut berkongsi dengan syarikat Thailand tersebut beberapa rancanganmengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi serantau dengan memudahkan aliranperdagangan dan pelaburan yang lebih lancar untuk meningkatkan pertumbuhanserantau.

Tengku Zafruljuga menggalakkan pemain industri Thailand untuk terlibatdalam acara yang diterajui sektor swasta sekitar mesyuarat rasmi ASEAN pada2025.

“Memandangkan Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada2025, penting bagi kedua-dua sektor awam dan swasta untukbekerjasama dalam memajukan integrasi serantau dan membentuk kerjasamastrategik khususnya dalam menangani trend mega yang memberi kesan kepada rantau ini termasuk geopolitik, keselamatan serantau, pendigitalan danperubahan iklim,” katanya.

Dalam pada itu, MITI berkataPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan mesyuarat meja bulat dengan pegawai atasandaripada 12 syarikat korporat Thailand serta pertemuan satu dengan satubersama lima syarikat terkemuka Thailand untuk memfasilitasi peluang perdagangan antara kedua-dua negara.

Secara kolektif, syarikat-syarikat Thaitersebut menjana pendapatan tahunan melebihi RM545 bilion dan mewakilipelbagai industri bernilai tinggi, termasuk minyak dan gas; elektrik dan elektronik;alat ganti dan komponen automotif; bahan kimia; serta barangan pengguna.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...