Friday , 20 September 2024
Home Nasional Budaya kerja baharu, komitmen lebih tinggi- CUEPACS
Nasional

Budaya kerja baharu, komitmen lebih tinggi- CUEPACS

Budaya kerja baharu, komitmen lebih tinggi- CUEPACS

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat

PUTRAJAYA, 16 Ogos– Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyeru penjawat awam untuk mengamalkan budaya kerja baharu seiring dengan kenaikan gaji yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat berkata, tatakelola dan disiplin yang tinggi perlu diamalkan untuk mengeluarkan produk dan hasil kerja yang berkualiti.

\”Maka dengan itu CUEPACS kita nak lihat juga ataupun menyeru kepada seluruh penjawat awam terus menunjukkan suatu komitmen yang lebih tinggi.

\”Jadi, selama ini kita memang telah bekerja, selama ini kita juga memang telah memberi perkhidmatan sebab itu kerajaan menimbangkan kenaikan gaji, tetapi selepas kenaikan gaji ini apakah produk baharu yang boleh ditunjuk penjawat awam kepada rakyat dan negara\”, katanya memberi maklum balas tersebut ketika ditemui media di Putrajaya selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.

Adnan berkata perjuangan CUEPACS akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang akan dilaksana secara berfasa.

Katanya, ia juga merealisasikan hasrat penjawat awam sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup.

\”Kami telah berkorban lebih 12 tahun tanpa ada kenaikan gaji. Maka hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji diantara 7 hingga 15 peratus walaupun perinciannya masih ada lagi, yang mana sebahagian daripadanya adalah lebih RM2,000. Ini bermakna melebihi 15 peratus walaupun tidak disebut tadi dan dibayar dalam bentuk 8 peratus dan juga 5 peratus peringkat kedua. Yang pertama 8 peratus pada Disember akan datang, kemudian 7 peratus pada 2026\”, katanya kepada pemberita.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...