KUCHING, 16 Ogos– Sarawak merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 bilion setakat suku pertama tahun ini.
Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kebanyakan pelaburan dalam industri pembuatan.
Salah satu faktor Sarawak menjadi pilihan pelabur adalah dasar memudahkan pelabur serta kepantasan membuat keputusan meluluskan sesuatu pelaburan.
“Kita membuat keputusan agak pantas dan kita juga ada Invest Sarawak yang dilengkapi kemudahan memudahkan para pelabur mendapatkan maklumat diperlukan serta apa keutamaan Sarawak dalam pelaburan. Bakal pelabur dan para pelabur menyukainya\”, ujar beliau.
Pelabur juga tertarik dengan tenaga hijau serta tenaga kerja yang boleh dilatih dan mahir dimiliki Sarawak.
Terdahulu, beliau menyampaikan Ucaptama pada Hari Eksport Sarawak 2024 di Kuching.
Dalam ucapannya, beliau memaklumkan Sarawak mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM19.34 bilion tahun lepas, dengan RM130.8 bilion eksport dan RM62.6 bilion import.