Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional 'Alhamdulillah, terima kasih banyak PM' – Penjawat Awam
Nasional

'Alhamdulillah, terima kasih banyak PM' – Penjawat Awam

'Alhamdulillah, terima kasih banyak PM' – Penjawat Awam

Penjawat awam – (Dari kiri atas) ACP Foo Chek Seng, Fazira Samsudin, Anis Rohayu, Azeri Sakawi, (dari kiri bawah) Abdul Aiman Afiq, Rozita Noordin, Norhani Hashim dan Hammit Tawakkal yang ditemui pemberita selepas MAPPA ke-19 di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Penantian selama 12 tahun akhirnya dinoktahkan hari ini dengan kenaikan gaji buat penjawat awam yang sememangnya sangat bermakna seiring kenaikan kos sara hidup.

Demikian antara perkongsian penjawat awam yang ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di sini hari ini.

\”Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Dengan ini dapat kita seimbangkan dengan kos sara hidup yang meningkat ketika ini. Selama 12 tahun menunggu kenaikan gaji. Dengan pengumuman hari ini, saya harap dapat mengembirakan semua kakitangan awam,\” ujar Fazira Samsudin, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

\”Alhamdullilah, saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri tadi. Dah lama kita tunggu, 12 tahun kita tunggu, jadi dengan kenaikan gaji yang diumumkan hari ini dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat,\” ujar Rozita Noordin, kakitangan KKM.

\”Kita sudah dengar kenaikan gaji yang Perdana Menteri umum, amat memuaskan bagi kita penjawat awam. Syukur, Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada Perdana Menteri. Insya-Allah kita(perkhidmatan) akan lagi bertambah baik,\” ujar Abdul Aiman Afiq Abdullah, kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada majlis itu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus untuk pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pemberian pelarasan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

Sementara itu, pengumuman yang disifatkan \’penghargaan teristimewa\’ itu menjadi motivasi buat golongan tersebut untuk mempertingkat kecekapan serta produktivi perkhidmatan.

\”Ini amat istimewa buat kami dan pastinya dapat membantu setiap kami yang ada bebanan serta tanggungjawab masing-masing. Jadi apabila diberi hadiah ini, ia amat istimewa buat kami penjawat awam,\” ujar Anis Rohayu, Pegawai Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

\”Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ada iltizam untuk membawa perubahan Skim Perkhidmatan Penjawat Awam (SSPA). Sudah tentu kami merasa sangat gembira dan ini adalah sesuatu yang lama kami tunggu selepas 12 tahun. Saya harap rakan-rakan penjawat awam menunjukkan kegembiraan ini dengan menunjukkan hasil kerja yang bermutu tinggi serta lebih produktif,\” ujar Azeri Sakawi, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

\”Saya secara pribadi begitu menyokong dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman hari ini yang sangat bermakna buat kami. Saya mewakili penjawat awam begitu teruja, dalam masa sama semangat semakin berkobar untuk menyumbang bakti dalam perkhidmatan kami,\” Norhani Hashim, anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

\”(Kenaikan gaji) memberi kita lebih motivasi untuk bekerja lebih bersemangat kerana secara tidak langsung apabila ada sebarang kenaikan, bukan sahaja pada gaji… perkara lain juga akan naik sama. Jadi paling penting orang yang menerima ini, kita perlu bersyukur dan menguruskannya dengan berhemah,\” Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Foo Chek Seng, Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

\”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri. Pengumuman ini sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus berbakti kepada kerajaan dan negara,\” Hammit Tawakkal, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BERITA BERKAITAN

  • Pengumuman pelarasan gaji: Bakal lonjak kualiti perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji penjawat awam dilaksana secara berfasa
  • Semakan semula gaji penjawat awam relevan, tepat masanya
  • PM harap sektor swasta teliti semula skim gaji pekerja
  • Pelarasan gaji menuntut tanggungjawab tinggi – KSN
  • Pelarasan gaji penjawat awam munasabah – Ahmad Zahid

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...