Home Nasional Wanita main peranan penting bina ekonomi negara, sektor perniagaan
Nasional

Wanita main peranan penting bina ekonomi negara, sektor perniagaan

Wanita main peranan penting bina ekonomi negara, sektor perniagaan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 16 Ogos– Wanita memainkan peranan sangat penting dalam membina ekonomi negara, khususnya dalam sektor perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, bukan sekadar menyumbang kepada tenaga kerja, wanita juga merupakan usahawan yang berdaya saing dan inovatif.

\”Tidak ada yang mengalahkan pengorbanan seorang wanita terutama yang bergelar ibu. Saya fikir semua dan sebahagian besar daripada kita itu telah dilatih, telah didewasakan oleh kaum wanita, oleh ibu-ibu kita… harus kembali memberi yang terbaik bukan hanya kepada keluarga kita, tetapi juga kepada rakyat kita dan negara kita\”, katanya.

Datuk Ewon berucap merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Madani, satu inisiatif yang komprehensif dan holistik bertujuan melahirkan usahawan wanita yang unggul dalam empat elemen iaitu Kekayaan, Inteklektual, Kecantikan dan Kelakuan (WeBB).

Ia antara usaha memperkasa dan meningkatkan keupayaan usahawan wanita di negara ini.

Related Articles

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi
Nasional

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 3 Januari– Sesi pemukiman Jemaah...

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari
Nasional

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Foto hiasanPETALING JAYA, 3 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran...

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf
Nasional

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

FOTO ISTANA ARAUCHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia
Nasional

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia

Foto Facebook MET MalaysiaPETALING JAYA, 3 Januari– Gempa bumi kuat berukuran 6.1...