Home Nasional SSPA: KKDW komited laksana reformasi budaya kerja lebih agresif
Nasional

SSPA: KKDW komited laksana reformasi budaya kerja lebih agresif

SSPA: KKDW komited laksana reformasi budaya kerja lebih agresif

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya/ Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 16 Ogos– Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang lebih kompetitif bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), bukan sahaja menyuntik semangat baru khasnya kepada warga kerja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Malah, turut memberi inspirasi untuk lebih berdaya saing serta beriltizam membawa perubahan kepada pembangunan negara.

Dalam satu kenyataan media, KKDW komited melaksanakan reformasi budaya kerja yang lebih agresif, selaras Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, seluruh warga kerjanya juga akan terus meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi, seiring dengan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam (Civil Service Reform) bagi menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa selain memastikan reformasi dapat dilaksanakan dengan lebih agresif, SSPA dengan pelarasan gaji yang lebih baik itu juga dijangka membantu mengurangkan risiko rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sering menjadi cabaran dalam sektor awam.

Justeru, tatakelola dalam sistem pengurusan terus diperkemas dan diperkukuhkan lagi.

Warga kerja KKDW turut diingatkan supaya tidak memandang ringan dan remeh soal nilai serta integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....