Home Nasional Kepimpinan mahasiswa perlu berani suarakan pandangan isu nasional, global
Nasional

Kepimpinan mahasiswa perlu berani suarakan pandangan isu nasional, global

Kepimpinan mahasiswa perlu berani suarakan pandangan isu nasional, global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Ogos– Kepimpinan mahasiswa perlu berani menyuarakan pandangan berkaitan isu nasional dan global bagi memperkasakan golongan itu ke peringkat lebih tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ke arah itu, peluang dan ruang diberikan kerajaan harus direbut dalam meneruskan legasi kepimpinan terutama dalam membangunkan negara.

\”Saya tidak lagi muda, tetapi saya boleh belajar tentang masa lalu dan untuk mengingatkan anda. Gunakan peluang ini belajar sebanyak mungkin berinteraksi, tetapi tetap teguh.

\”Harus berdiri dan bersuara dan memperjuangkan perjuangan kemanusiaan, penderitaan rakyat kita, yang terpinggir, yang miskin, kesusahan kita, keprihatinan kita, kemusnahan alam sekitar, rasuah di tengah-tengah kita, kebimbangan kita\”, kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian Program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

iFUTURE 2024 melibatkan penyertaan lebih 1,000 pimpinan mahasiswa tempatan dan antarabangsa memfokuskan kepada keterampilan serta pembentukan generasi mahasiswa sebagai pelapis pemimpin negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....