Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Rebat air percuma untuk penduduk terjejas banjir di Melaka
Nasional

Rebat air percuma untuk penduduk terjejas banjir di Melaka

Rebat air percuma untuk penduduk terjejas banjir di Melaka

Foto hiasan

AYER KEROH, 16 Ogos– Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian rebat air secara percuma kepada penduduk terjejas banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Abd Rauf Yusof berkata, pemberian rebat ini hanya untuk bulan Ogos sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 3,521 akaun di kawasan Masjid Tanah dan Alor Gajah terlibat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan.

\”Syaratnya semua bil air tu mestilah disertakan dengan pendaftaran mangsa banjir dan boleh dibawa ke syarikat air untuk disokong sebagai rebat untuk bulan ini sahaja. Kerajaan negeri memberikan rebat air percuma kepada semua mangsa banjir yang menjadi mangsa banjir pada.kejadian ahad lepas\”, katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Inisiatif berkenaan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM177,453.50.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...