Friday , 20 September 2024
Home Politik Pelarasan Gaji: Kerajaan Hargai Pengorbanan, Dedikasi Penjawat Awam – CUEPACS
Politik

Pelarasan Gaji: Kerajaan Hargai Pengorbanan, Dedikasi Penjawat Awam – CUEPACS

Pelarasan Gaji: Kerajaan Hargai Pengorbanan, Dedikasi Penjawat Awam – CUEPACS

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Livevartha) — Penjawat awam berasa pengorbanan dan dedikasi mereka dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Penjawat Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat berkata pelarasan gaji tersebut, bukti bahawa kerajaan menghargai penjawat awam yang telah berterusan menabur bakti walaupun gaji mereka tidak disemak semula selama 12 tahun.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh jentera perkhidmatan awam untuk berusaha meningkatan mutu perkhidmatan dan melakukan pembaharuan bermula Isnin ini.

"Betul, selama ini memang kita telah bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik. Sebab itu kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji.

"Jadi, selepas kenaikan gaji ini, kita perlu segera melakukan pembaharuan agar kita dapat berikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mendengar Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelarasan gaji secara berfasa sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah sebanyak tujuh peratus.

Adnan turut mengingatkan bahawa SSPA memerlukan penjawat awamuntuk mengekalkan prestasi yang baik dengan adanya pembaharuan dasar, seperti kenaikan markahpenilaian prestasi tahunan minimum bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkatkepada 85 peratus serta penggunaan sistem MyPERFORMANCE sebagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

"Selain itu, dinyatakan bahawa mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, tidak akan layak menerima pelarasan gaji ini. Kerajaan amat menagmbil berat mengenai prestasi penjawat awam," katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...