Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Ambil Peluang Mengundi, Pilih Wakil Rakyat Boleh Bawa Suara Nenggiri – Mohamad
Politik

PRK Nenggiri: Ambil Peluang Mengundi, Pilih Wakil Rakyat Boleh Bawa Suara Nenggiri – Mohamad

PRK Nenggiri: Ambil Peluang Mengundi, Pilih Wakil Rakyat Boleh Bawa Suara Nenggiri – Mohamad

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) bergambar bersama penduduk setempat ketika berkempen untuk calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri di Warung Kak Ani Deru, Limau Kasturi hari ini.

PRK DUN Nenggiri, yang ditetapkan hari mengundi Sabtu ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 16 Ogos (Livevartha) — Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri perlu mengambil peluang hari mengundi, esok, bagi memilih wakil rakyat terbaik yang boleh mengangkat segala isu dan masalah dihadapi mereka.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata isu dihadapi penduduk Nenggiri hanya boleh diselesaikan dengan pemilihan wakil rakyat yang bertanggungjawab dalam menjadi suara kepada mereka terutama di sidang DUN.

“Di Nenggiri ini banyak masalah saya dengar, terutama isu tanah sepertidi RKT Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), masalah belum dapat geran.

“Wakil rakyat boleh menyuarakan perkara ini dalam sidang DUN kerana tanah adalah di bawah Kerajaan Negeri dan kita kena gesa Kerajaan Negeri dan juga Kesedar untuk pastikan pendudukyang telah menjadi peserta Kesedar ini, dahdekat lebih 40 tahun, tak dapat-dapat geran, kalau tak dapat susahlah,” katanya.

Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas menyantuni penduduk setempat di Kampung Limau Kasturi, di sini, pada kempen hari terakhir PRK DUN itu, hari ini.

Mohamad berharap isu-isu sedemikian akan dijadikan keutamaan oleh calon Barisan Nasional(BN) iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau dikenali sebagai Awie sekiranya dipilih menjadi ADUN Nenggiri yang baharu.

“Saya yakin saudara Awie boleh menang esok dan beliau tahuapa yang perlu dibuat dan boleh menyesuaikan diri dengan segerauntuk menjadi wakil rakyat yang efektif,” katanya.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduandan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional.

Kerusi DUN itu kosong berikutan pengumuman Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutanbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...