Home Ekonomi K\’jaan Persekutuan, Negeri Perlu Tingkat Kepantasan Beri Kelulusan Untuk Tarik Pelabur – PM
Ekonomi

K\’jaan Persekutuan, Negeri Perlu Tingkat Kepantasan Beri Kelulusan Untuk Tarik Pelabur – PM

K\’jaan Persekutuan, Negeri Perlu Tingkat Kepantasan Beri Kelulusan Untuk Tarik Pelabur – PM

Kredit: Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) –Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlumeningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusantanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasabagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata meskipun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomiyang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan,Kerajaan MADANI akan terus memperkasakan agenda bagi memudah cara perniagaan.

“Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuaratMajlis Perancang Fizikal Negara ke-45, platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa serta guna tanah negara.

“Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus dimantapkan bagi mewujudkan landskap perancangan pembangunan yang lebih holistik,” katanyadalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turutmembincangkan mekanisme kawalan dan pengurusan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam mengimbangi pulangan ekonomi serta mengambil kira aspek kemampanan alam sekitar selain tidak mengganggu kawasan hutan simpan.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...