Home Ekonomi PKNS, HCK Capital Berkerjasama Bangunkan Bandar Pintar e.Sentral
Ekonomi

PKNS, HCK Capital Berkerjasama Bangunkan Bandar Pintar e.Sentral

PKNS, HCK Capital Berkerjasama Bangunkan Bandar Pintar e.Sentral

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Pembangunan), Ir Md Kamarzan Md Rais (dua, kanan) bergambar pada Majlis Pecah Tanah e-Sentral Pembangunan Bandar Pintar di Pusat Komersial Arena Bintang hari ini.

Turut hadir (dari kiri) Pengarah Eksekutif Alliances and Platforms, Amanda Chong; Pengarah Urusan Kumpulan, Hartanah dan Projek HCK Capital Group, Foong Peng Yew; Pengarah Urusan Kumpulan Pertumbuhan dan Pengawasan HCK Capital Group, Datuk Dr Dennis Ling dan Pengurus Besar Kanan Pembangunan PKNS, Zulkeflee Mohamad Zin.

SUNGAI BULOH, 15 Ogos (Livevartha) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bekerjasama dengan pemaju hartanah, HCK Capital Group Berhad (HCK Capital) membangunkan projek bandar pintar e.Sentral dalam usaha bersama mereka memperkasakan bandar raya rendah karbon.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNS, Md Kamarzan Md Rais berkata projek bandar pintar berbentuk ‘mixed-use development’di Subang Perdana itu dibangunkan di atas tanah seluas 4.047 hektar (10 ekar) dengan memberi tumpuan terhadap elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Ini merupakan julung kali PKNS bekerjasama dengan HCK Capital dan projek ini merupakan bandar pintar pertama mereka. Menerusi kerjasama ini, PKNS mempunyai 30 peratus pegangan dan pembangunan yang bakal dilaksana mengikut perancangan yang dipersetujui bersama.

“PKNS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pemaju lain dalam membangunkan bandar pintar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan,” katanya ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pelancaran projek berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan HCK Capital, Datuk Dr Dennis Ling ketika ditemui padamajlis sama berkata projek bandar pintar tersebut akan dibahagi kepada dua fasa pembangunan dengan fasa pertama akan dilaksanakan bermula bulan depan.

“Fasa pertama mula dibangunkan bulan depan dan keseluruhan projek dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun setengah. Sebanyak 3,000 unit ditawarkan bagi kedua-dua fasa dengan tawaran harga RM300,000 hingga RM550,000.

“PKNS mempunyaikepakaran dalam membangunkan komuniti mampan manakala HCK Capital pula menyumbang teknologi pintar dan reka bentuk mesra alam. Bersama-sama, kami menetapkan piawaian baharu untuk bandar pintar,” katanya.

Beliau berkataprojek terbaharu itu akan menjadi mercu tanda bagi pasaran hartanah yang mengetengahkan konsep bandar pintar dengan unsur alam semulajadi.

“Subang Perdana dipilih kerana kawasannya strategik, berdekatan dengan kawasan hutan. Dengan pembangunan bandar pintar ini, ia sebahagian perancangan ke arah bandar rendah karbon,” katanya.

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...