Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi RISDA Digesa Cari Teknologi Baharu Bantu Pekebun Kecil Keluarkan Lateks – Zahid
Ekonomi

RISDA Digesa Cari Teknologi Baharu Bantu Pekebun Kecil Keluarkan Lateks – Zahid

RISDA Digesa Cari Teknologi Baharu Bantu Pekebun Kecil Keluarkan Lateks – Zahid

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Hari Terbuka Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Kampung Kala Star Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek kepada penerima Mahasan Hamat (kanan) pada Program Hari Terbuka Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Kampung Kala Star Gua Musang.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar (kiri).

GUA MUSANG, 15 Ogos (Livevartha) — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) digesamencari kaedahbagi menyediakan teknologi baharu pengeluaran susu getah atau lateks kepada pekebun kecil.

Timbalan Perdana yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiberkata ketika ini Malaysia agak ketinggalan dalam persaingan pengeluaran lateks dunia dan terpaksa membelanjakan sehingga RM6 bilion untuk mengimport lateks darinegara pengeluar getah lain.

"Lateks sepatutnya dikeluarkan oleh ladang dan pekebun kecil, tetapi oleh kerana kos pengeluaran yang agak tinggi, maka pengilangdalam negara terpaksa mengimport lateks dari negara pengeluar getah lain," katanya pada Hari Terbuka RISDAPeringkat Negeri Kelantan 2024, di Kg Kala Star, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Felcra Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) DatukZawawi Othman dan Ketua Pengarah Risda Zainal Azni Zulkifli.

Ahmad Zahidberkata pengurusan RISDAharus berazam untuk meningkatkan pengeluaran lateks negara, sekali gus mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar hasil getah utama dunia.

Menurutnya,penggunaan teknologi baharu mampu mengatasi masalah kekurangan pekerja dalampengeluaran lateks dan produk hiliran yang menyebabkan kedudukan negara sebagai antarapengeluar hasil getah utama dunia terjejas.

Sementara itu, beliau juga mahu penanaman semula dan proses pemulihan terhadap pokok getah berpenyakit dilaksanakan secara berfasa, selain memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran.

Memandangkannegara menghadapi kekurangan pengeluaran balak, beliau mahu RISDAmenggunakan kayu getah tua sebagai bahan alternatif utama pembuatan perabot dalam negara.

"Daripada 400,000 hektar tanah pekebun kecil getah yang perlu ditanam semula ini, setiap tahun sekurang-kurangnya 40,000 hektar ditebang, kayu lama ini diproses untuk dijadikan perabot dan ini adalah satu daripada industri yang memberi pendapatan besar kepada negara.

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...