Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai (Gambar fail)
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Pelarasan secara berperingkat kepada gaji minimum adalah lebih berdaya maju dan terkawal untuk industri berikutan ia menawarkan pendekatan yang seimbang dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja tanpa memberikan beban kewangan yang tinggi kepada perniagaan,menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata pelarasan secara berperingkat akan membantu mengelakkejutan terhadap perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang mungkin tidak mempunyai fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh yang tinggi.
“Langkah itu juga akan membolehkan perniagaan membuat penyesuaian secara berperingkat, melaksanakan pelarasan yang diperlukan dalam struktur kos, operasidan produktiviti mereka.
“Perniagaan juga akan dapat mengekalkan kemampanan tanpa menggunakan langkah drastik seperti memberhentikan pekerja atau menaikkan harga untuk menampung kos tambahan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya perniagaan dapat mengurangkan tekanan inflasi dengan pelarasan secara berperingkat berikutan kenaikan gaji yang mendadak boleh membawa kepada tekanan inflasidan perniagaan mungkin perlu memindahkan kenaikan kos itu kepada pengguna.
Menurut FMM, kenaikan mendadak kepada RM2,000 yang dicadangkan oleh banyak kumpulan mewakili peningkatan segera sebanyak 33 peratuspada gaji pokok, yang akan memberi kesan kepadakeseluruhan kos gaji.
Soh berkata industri berpendapat kenaikan mendadak seperti itu akan memberi impak yang tidak diingini ke atas ekonomi dan kemampanan perniagaan, dengan PMKS menyumbang 96.9 peratus daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia (data 2023).
Pada masa yang sama, katanya ekonomi akan mencatatkan aliran keluar bulanan segera hampir RM800 juta berikutan penghantaran balik dana oleh pekerja asing (berdasarkan 1.6 juta pekerja asing yang sah), tanpa impak positif langsung kepada ekonomi tempatan.
Bagaimanapun, Soh berkata FMM menyokong semakan semula gaji minimum.