Home Ekonomi Malaysia Diunjur Catat Angka Eksport Kukuh Pada Suku Kedua 2024
Ekonomi

Malaysia Diunjur Catat Angka Eksport Kukuh Pada Suku Kedua 2024

Malaysia Diunjur Catat Angka Eksport Kukuh Pada Suku Kedua 2024

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Livevartha) — Malaysia diunjurkan mencatat angka eksport yang kukuh pada suku kedua 2024 walaupun unjuran konsensus pasaran luaran yang perlahan pada tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata secara umumnya permintaan luaran agak baik dan eksport nominal bagi suku kedua 2024 meningkat 5.8 peratus manakala import nominal merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 15.0 peratus pada suku kedua 2024.

“Bagaimanapun, pertumbuhan import yang tinggi meskipun ini memperlihatkan kekukuhan permintaan domestik negara, turut menunjukkan negara semakin bergantung kepada sumber asing untuk memenuhi permintaan tempatan,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata import lebih tinggi akan menyebabkan eksport bersih yang rendah, justeru boleh menjadikan penghitungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah lebih rendah.

“Terdapat keperluan penting bagi menggalakkan pelaburan untuk negara menambah baik dan mengurangkan pergantungan kita kepada sumber asing bagi input pengeluaran,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata walaupun import lebih tinggi, beliau mengunjurkan lebihan dagangan akan berterusan pada suku kedua 2024.

Jumlah eksport dan jumlah import adalah komponen penting untuk anggaran KDNK negara.

Pada Januari hingga Mac 2024, prestasi perdagangan Malaysia meneruskan trajektori meningkat, berkembang 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion dengan lebihan RM34.22 bilion.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...