Friday , 27 December 2024
Home Nasional JAKIM tingkat usaha dakwah psikospiritual, bantu kekang kes bunuh
Nasional

JAKIM tingkat usaha dakwah psikospiritual, bantu kekang kes bunuh

JAKIM tingkat usaha dakwah psikospiritual, bantu kekang kes bunuh

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 15 Ogos– Kes pembunuhan kejam yang semakin membimbangkan berlaku di negara ini kerana masyarakat sudah hilang pertimbangan dan spiritual dalam diri mereka.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meningkatkan usaha dakwah, penerangan dan penjelasan kepada masyarakat supaya lebih memahami tentang implikasi tindakan kejam.

\”Kita sedih dan keadaan ini sangat membimbangkan. Dalam al-Quran dalam atau dalam konteks Islam, perkara ini memang disebut secara jelas. Barang siapa membunuh satu jiwa, seolah-oleh dia membunuh umat manusia seluruhnya.

\”Pembunuhan yang dilakukan adalah pembunuhan yang sangat kejam. Tidak kiralah apa jua motif sekali pun, kita ada undang-undang,\” kata Dr. Na\’im kepada pemberita selepas melancarkan Koha Islamic Digital, sebuah platform untuk membantu orang ramai membuat wasiat dalam bentuk digital di Menara MARA, di ibu negara.

Jelasnya, JAKIM juga akan mempergiat usaha dalam aspek psikospiritual dengan menghantar pegawai yang terlatih dalam bidang itu untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah tekanan perasaan.

Beliau turut mengingatkan umat Islam,kepentingan mengurus harta pusaka bagi mengelak sebarang kerugian akan datang serta memanfaatkan platform tersebut yang boleh menyiapkan dokumen wasiat, hibah dan harta sepencarian sepantas 30 minit dan boleh dicetak serta mudah diakses di mana-mana sahaja.

Related Articles

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu
Nasional

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran di bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afarSEREMBAN, 26 Disember- Bilik suis...

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT
Nasional

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Tangkap layar kes pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik...

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan
Nasional

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan

Foto RTMIPOH, 26 Disember- Guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember...

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat
Nasional

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 26 Disember– Memastikan kesejahteraan rakyat...