Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Maybank, CIMB dikenakan Penalti Monetari Pentadbiran – BNM
Perniagaan

Maybank, CIMB dikenakan Penalti Monetari Pentadbiran – BNM

Maybank, CIMB dikenakan Penalti Monetari Pentadbiran – BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos– Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) terhadap Maybank dan CIMB berikutan ketidakpatuhan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Ketidakpatuhan itu telah menyebabkan gangguan berpanjangan beberapa perkhidmatan perbankan.

Kedua-dua institusi perbankan itu dikenakan penalti berkenaan pada 29 Julai lalu.

Ia melibatkan penalti berjumlah RM4.32 juta terhadap Malayan Banking Berhad dan Maybank Islamic Berhad.

Maybank telah pun melunaskan penalti tersebut pada 8 Ogos lalu manakala, CIMB yang berdepan penalti RM760,000 telah membuat bayarannya Isnin lalu.

Keputusan mengenakan AMP dibuat setelah mempertimbangkan faktor-faktor penyebab dan pengurangan yang relevan.

Itu termasuk kegagalan mengambil langkah wajar untuk mengurangkan insiden masa terhenti dan mengelakkan ketidakpatuhan.

Selain itu, tahap keseriusan ketidakpatuhan, termasuk impak gangguan perkhidmatan terhadap pelanggan dan pihak lain yang berkenaan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...