Home Ekonomi KDNK Suku Kedua Dijangka Lebih Baik, Hasil Positif Ekonomi Madani – Ahli Ekonomi
Ekonomi

KDNK Suku Kedua Dijangka Lebih Baik, Hasil Positif Ekonomi Madani – Ahli Ekonomi

KDNK Suku Kedua Dijangka Lebih Baik, Hasil Positif Ekonomi Madani – Ahli Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Ogos(Livevartha) — Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada suku kedua tahun ini dengan perbelanjaan isi rumah, pengeluaran dan pelaburan mencatatkan peningkatan berikutan keyakinan terhadappasaran serta sentimen positif hasil pelaksanaan Ekonomi MADANI.

Pakar Ekonomi Prof Emeritus Barjoyai Bardai daripada Universiti Sains dan Teknologi berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diunjurkan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024 berbanding 4.2 peratus pada suku pertama adalah bersandarkan kepada asaskukuh selain harga yang stabil dengankadar inflasi semasa berada padadua peratus.

“(Prestasi) paling penting (yang kita akan lihat) ialah peningkatan perbelanjaan isi rumah, disebabkan oleh keyakinan isi rumah yang semakin baik.

“Selainitu, sentimen ekonomi juga dibantu oleh peningkatan eksport dan import pada (suku pertama) serta kadar pengangguran yang kekal pada3.3 peratus,” katanya kepada Livevartha dalam satu temu bual baru-baru ini.

Bank Negara Malaysia dijadualmengumumkan data rasmi KDNK Suku Kedua 2024 pada Jumaat ini.

Pada Suku Pertama 2024, eksport meningkat2.2 peratus kepada RM362.41 bilion manakalaimport menokok13.1 peratus kepada RM328.19 bilion.

Kerajaan di Landasan Tepat Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...