Friday , 20 September 2024
Home Nasional Ahmad Zahid terima kunjungan KSN baharu
Nasional

Ahmad Zahid terima kunjungan KSN baharu

Ahmad Zahid terima kunjungan KSN baharu

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah atas pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baharu.

\”Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Shamsul atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuatkuasa, 12 Ogos 2024.

\”Selamat bertugas,\” katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Shamsul Azri merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...