Saturday , 21 December 2024
Home Nasional YSIJ agih sumbangan bakul makanan, 300 keluarga terima manfaat
Nasional

YSIJ agih sumbangan bakul makanan, 300 keluarga terima manfaat

YSIJ agih sumbangan bakul makanan, 300 keluarga terima manfaat

Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos– Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 300 keluarga di Ulu Tiram dan Gelang Patah, pada Selasa.

Menerusi hantaran di Instagram Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memaklumkan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Kanan YSIJ, Shah Reza Md Kanafe.

Hadir sama, Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Johor Bahru, Mohd Sany Mohd.

Penerima sumbangan, Subramaniam Folia, berusia 64 tahun menzahirkan rasa gembira dan bersyukur menerima sumbangan bakul makanan.

“Ini bukan pertama kali saya menerima sumbangan daripada YSIJ, pada tahun lalu ada menerima sumbangan semasa Deepavali.\”

“Sumbangan ini sangat bermakna kepada saya sekeluarga,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Subramaniam yang kehilangan kaki kiri sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit kencing manis, hanya bergantung harap daripada pendapatan isteri dan anaknya.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...