Friday , 22 November 2024
Home Politik Ku Li: Rekod PAS gambarkan tawaran PRK Nenggiri tidak realistik
Politik

Ku Li: Rekod PAS gambarkan tawaran PRK Nenggiri tidak realistik

Ku Li: Rekod PAS gambarkan tawaran PRK Nenggiri tidak realistik

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) menyantuni penduduk setempat pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ketika sidang media pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 14 Ogos (Livevartha) — Veteran UMNOTan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan kritikan terhadap PAS dan menganggap 46 tawaran yang diumumparti itu pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mungkin hanya sekadar ‘janji kosong.’

Beliaumendakwa ini kerana PAS memiliki rekod tidak menunaikan janji sejak manifesto pertama mereka pada 1959.

"Kalau tengok dulu pun mereka tak jawab. Dulu janji nak wujudkan negara kebajikan pun tak ada," kata bekas Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dalam temu bual eksklusif dengan Livevartha.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari mengundi Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Isnin lepas, PN melancarkan 'KHIDMAT' yang menggariskan tujuh teras utama dengan 46 tawaran sekiranya menang PRK itu manakala BN mengumumkan tidak akan melancarkanmanifesto dengan pelbagai janjisebaliknya memberikansatu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

-Ku Li, yang juga Pengarah PRK berkenaan untuk BN, berkata keputusan itu tidak dilakukan secara perseorangan tetapi telah dirunding secara bersama.

“Kami rasa PRK ini nak isi satu kerusi, jadi tak perlulah kita hebahkan dengan pelbagai janji yang mungkin tak boleh ditunaikan kerana kerajaan negeri sudahpun dibentuk,” katanya sambil menambahstrategi kempen kali ini juga tidak melibatkan ceramah secara besar-besaran.

Beliau berkata pihaknya berpandangan tidak perlu menyusahkan pengundi untuk meninggalkan rumah masing-masing dan hadir mendengar ceramah politik.

"Orang boleh buka telefon bimbit, boleh tengok apa yang kita cuba jelaskan… Mereka semua setuju dengan pandangan itu, sebab itu kita tak ada ceramah besar-besaran, orang lain nak buat, itu dia punya hal tetapi saya ada minta Wanita, Puteri danPemuda kalau boleh ziarah rumahpengundi seberapa banyak yang boleh,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Junsetelah keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...