Home Nasional Malaysia ke EMM APEC 2024 perkasa agenda hijau negara
Nasional

Malaysia ke EMM APEC 2024 perkasa agenda hijau negara

Malaysia ke EMM APEC 2024 perkasa agenda hijau negara

FOTO RTM

LIMA, 14 Ogos- Penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi tahun 2024 kali ke-14 merupakan langkah penting dalam memperkasa agenda hijau negara.

Jelas Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Norasikin Ahmad Ludin input daripada EMM dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah baik strategi dalam setiap pelan hala tuju berkaitan termasuk Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga (NEEAP) 2.0 yang sedang disediakan.

\”EMM juga platform mengetengahkan aspirasi negara berhubung peralihan tenaga yang adil, saksama dan inklusif. Ia seperti ditekankan dalam Resolusi Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim 1992,\” katanya kepada RTM.

EMM APEC Ke-14 akan membuka tirainya pada Jumaat ini di Pusat Konvensyen Lima, di sini, Peru.

Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Di luar mesyuarat selama dua hari itu, beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari beberapa negara.

\”Ruang berinteraksi secara bersemuka memudahkan perbincangan ke arah menjalin kerjasama strategik dan pintar dengan penekanan kepada inovasi teknologi.

\”Langkah itu berupaya mempercepat usaha menjadikan bumi lebih hijau yang diidam-idamkan kesemua 21 ekonomi APEC\”, jelasnya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....