Home Ekonomi Tahap Pengurusan Rantaian Bekalan Akan Dipertingkat- PM Anwar
Ekonomi

Tahap Pengurusan Rantaian Bekalan Akan Dipertingkat- PM Anwar

Tahap Pengurusan Rantaian Bekalan Akan Dipertingkat- PM Anwar

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Kredit : FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata langkah itu sejajar dengan objektif untuk membina sekuriti ekonomi negara.

Selain itu, kata beliau, mesyuarat tersebut jugatelah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.

“Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

“Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahanyang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19,” kata Anwar menerusihantaran di laman sosial Xbeliau hari ini.

Perdana Menteri berkata kerjasama antara kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsamustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...