Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional 60 orang masih terjejas banjir pagi ini
Nasional

60 orang masih terjejas banjir pagi ini

60 orang masih terjejas banjir pagi ini

Keadaan salah sebuah premis di Alor Gajah, Melaka yang terjejas banjir baru-baru ini

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka dan Labuan kekal seramai 60 orang setakat 6.00 pagi ini berbanding tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir masih menjejaskan daerah Alor Gajah, Melaka melibatkan 48 orang daripada 14 keluarga di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Manakala di Labuan mencatatkan 12 orang daripada tiga keluarga yang berlindung di sebuah PPS pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir di Sarawak melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong) sehingga 10.00 pagi ini.

\”Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,\” menurut kenyataan.

Ramalan cuaca itu dikeluarkan pukul 7.00 pagi ini.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...