Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Johari Abdul bakal jadi Pengerusi Perhimpunan AIPA 2025
Nasional

Johari Abdul bakal jadi Pengerusi Perhimpunan AIPA 2025

Johari Abdul bakal jadi Pengerusi Perhimpunan AIPA 2025

Johari Abdul menghadiri segmen Zon Aktif (Temubual Ekslusif) di konti Pahang Fm hari ini

KUANTAN, 13 Ogos- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal menjadi Pengerusi pada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi tahun 2025.

Penyerahan jawatan pengerusi badan itu akan dilakukan pada Perhimpunan AIPA yang berlangsung di Vientiane, Laos pada Oktober depan.

Johari berkata, sebagai tuan rumah perhimpunan itu, Malaysia sedang menyusun beberapa idea besar untuk memperkukuh kerjasama dalam mewujudkan pelaburan di rantau ASEAN.

\”Kita mahu pelabur-pelabur masuk ke ASEAN dan kita akan menjadi \’get way\’… maknanya kita akan dihubungi dahulu sebelum mereka menjelajah di negeri ASEAN lain.

\”Dengan ini kita akan lebih dihormati… sebagai pimpinan ASEAN, kita akan lebih diutamakan sebelum mereka menjelajah ke negeri lain, sekali gus mendesak rakyat kita menjadi jauh lebih baik,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri segmen Zon Aktif (Temubual Ekslusif) di konti Pahang Fm sempena Program Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Johari melakukan siri lawatannya ke Zon Timur, dan Dewan Negeri Pahang merupakan negeri kesembilan siri lawatannya selepas DUN Kelantan pada 11 Ogos dan 12 Ogos di DUN Terengganu.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...