Home Nasional Banjir Melaka, dua PPS ditutup
Nasional

Banjir Melaka, dua PPS ditutup

Banjir Melaka, dua PPS ditutup

Foto BERNAMA

MASJID TANAH, 13 Ogos- Cuaca cerah sejak semalam di Melaka membolehkan beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dua lagi PPS ditutup iaitu PPS Balai Raya Ayer Paabas dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin, setakat pada pukul 9.30 pagi tadi.

Ia menjadikan jumlah penduduk yang masih berada di PPS adalah seramai 221 orang daripada 55 keluarga.

\”Antara PPS yang masih lagi dibuka ialah PPS Japerun Kuala Linggi dengan 105 penduduk daripada 26 keluarga; PPS Balai Raya Paya Lebar (61 penduduk daripada 13 keluarga); PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 penduduk daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 penduduk daripada empat keluarga).

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan, walaupun banjir di negeri itu semakin pulih.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata semua anggota sukarelawan juga akan dikerah sekiranya banjir gelombang kedua berlaku.

\”Kita juga memang mempersiapkan pasukan daripada segi pegawai dan anggota di setiap daerah serta unit.. di APM Melaka, di tiga daerah dan juga dua pejabat APM.

\”Memang anggota-anggota ini bertugas sekiranya berlaku (banjir)..kita akan gerakkan hampir 200 ratus orang anggota, insya-Allah untuk melaksanakan tugas-tugas penyelamatan.

\”Selain itu juga, kita ada juga pegawai-pegawai yang bertugas sebagai sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah,\” katanya selepas menjadi tetamu dalam Cerita Pagi Melaka: Selamat Pagi Malaysia di Ayer Keroh.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan terlibat banjir supaya sentiasa peka dengan ramalan cuaca semasa serta amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....