Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Jangkaan KDNK Suku Kedua Lebih Baik
Pasaran

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Jangkaan KDNK Suku Kedua Lebih Baik

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Jangkaan KDNK Suku Kedua Lebih Baik

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Jangkaan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia lebih baik yang bakal diumumkan pada Jumaat ini,menyuntik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.

Pada 6 petang ini, ringgit mencecah ke paras4.4440/4505 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4580, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi BankMuamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataprestasi ringgit dilihatoptimis dalam jangkaan pertumbuhan KDNK itu selain andaian Rizab Persekutuan AS (Fed)berkemungkinanmenurunkan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September ini.

“Ringgit dalamkedudukan mengukuh berbanding mata wang utama kecuali pound Britain susulan United Kingdom mencatatkadar pengangguran lebih rendah sertapertumbuhan gaji lebih baik yang mengatasi jangkaan awal,”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS yang akan diumumkan lewat malam ini akan turut menjadi tumpuan utama peserta pasaran dalam usaha mendapatkan petunjukbaharu.

“Unjuran konsensus atau ramai pihak menjangkakan IHP mencecah 2.3 peratus pada Julai berbanding 2.6 peratus pada Jun," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan meningkat berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada4.8520/8591 daripada4.8630/8717; mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.0053/0099 daripada 3.0206/0263 namun susut berbanding pound Britain pada 5.6839/6922 daripada 5.6760/6862, sebelum ini.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...