Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri : Pilih Wakil Rakyat Boleh Jadi Jambatan Penghubung Rakyat Dengan Kerajaan – Ahmad
Politik

PRK Nenggiri : Pilih Wakil Rakyat Boleh Jadi Jambatan Penghubung Rakyat Dengan Kerajaan – Ahmad

PRK Nenggiri : Pilih Wakil Rakyat Boleh Jadi Jambatan Penghubung Rakyat Dengan Kerajaan – Ahmad

GUA MUSANG, 13 Ogos (Livevartha) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan Persekutuan supaya segala isu infrastruktur asas dan kemudahan awam di kawasan itu dapat diurus dengan lebih cekap.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini memandangkan saiz DUN itu yang sangat luas dan masihbanyak ruang untuk penambahbaikan dari segi kedua-dua perkara berkenaan untuk keselesaan penduduk.

"Kerajaan PAS Kelantan tak cukup duit untuk buat jalan besar, jambatan besar, lampu jalan, klinik, hospital dan sebagainya, sebab itu kerja kami (kerajaan pusat) untuk memastikan ia dilaksanakan.

“Oleh itu, wakil kita saudara Awie, sudah tetapkan untuk memastikan projek kerajaan pusat dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir sejam beramah mesra bersama penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuala Sungai, di sini hari ini.

DUN Nenggiri yang berdepan pilihan raya kecil (PRK)Sabtu inimenyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagaiAwiemewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Berbaki tiga hari sahaja lagi kempen PRK, Ahmad berkata beliau berpuas hati prestasijentera BN sama adatempatan dan luar Kelantanyang membantu di Nenggiri, namun berharap mereka terus berwaspada dengan segala bentuk ancamanpihak lawan.

"Teruskan segala usaha dan jangan memberhentikan gerak kerja, malah tambah lagi untuk kita pastikan DUN Nenggiri boleh ditawan semula BN kerana kita mewakili kerajaan pusat yang membawa banyak pembangunan di kawasan ini," katanya.

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...