Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi WSA Venture Australia Sasar Ganda Pendapatan Kepada RM100 Juta Dalam Tempoh Tiga Tahun
Ekonomi

WSA Venture Australia Sasar Ganda Pendapatan Kepada RM100 Juta Dalam Tempoh Tiga Tahun

WSA Venture Australia  Sasar Ganda Pendapatan Kepada RM100 Juta Dalam Tempoh Tiga Tahun

WSA Venture Australia

KUALA LUMPUR, 12 Ogos(Livevartha) –WSA Venture Australia (M) Sdn Bhd (WSAV) menyasar menggandakan pendapatannya daripada RM50 juta kepada RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarahnya Dean Hilliard-Lomas berkata sasaran itu mencerminkan komitmen WSAV untuk meningkatkan operasidan mengukuhkankehadiran pasaran globalnya yang merupakan peluangpengembangan transformatif untuk syarikat.

"Tempoh lima tahun akan datang penting kepadapengembangan perniagaan kami dari segi pasaran, rangkaian produk dan pelanggan, seperti yang dinyatakan dalam pelan induk syarikat kerana kami merancang untuk memasuki pasaran Eropah, khususnya Jerman," katanya kepada Livevartha, baru-baru ini.

Beliau berkata WSAV juga merancang meneroka pasaran Afrika Selatan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Pada masa ini, kami mengeksportprodukkami ke pasaran Australia dan Amerika Syarikat (AS). Kami bermula dengan pelanggan di AS pada2017 dan menghantar kontena pertama kami ke AS pada Disember 2018,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif WSAV CK Cha berkata salah satu pelanggan terbesar bagi syarikat pembuatan komponen auto itu ialah JVIS USA LLC, pemajuglobal produk berkualiti tinggi dan inovatif bagi industri auto.

"Kami menyediakan komponen untuk jenama seperti Holden Australia, Tesla, Toyota, Jeep, Ford, Mitsubishi Motor danFaraday," katanya.

WSAV ditubuhkan pada 2014 melalui perjanjian usaha sama antara WSA Group Malaysia dan Venture Australia Groupuntuk mengeluarkan alat ganti kereta di Malaysia bagipasaran Australia, ASEAN dan global.

Syarikat usaha sama50:50 itu mengeluarkan produk dalam dua fasa.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...