Wednesday , 25 December 2024
Home Ekonomi Petronas Lancar Program Sokongan Pembekal Untuk Amalan Lestari OGSE
Ekonomi

Petronas Lancar Program Sokongan Pembekal Untuk Amalan Lestari OGSE

Petronas Lancar Program Sokongan Pembekal Untuk Amalan Lestari OGSE

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas)telah melancarkan program sokongan pembekal (PSSP) untuk menggalakkan pembekal perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia mengamalkan prinsip kelestarian.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Bersama bagi Perubahan Iklim (JC3) program rantaian nilai penghijauan (GVC), Bursa Malaysia Bhd termasuk UN Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB).

Syarikat minyak nasional itu melalui satu kenyataan hari ini menjelaskan objektif PSSP adalah untuk menyediakan alat-alat yang diperlukan, latihan keupayaan sertaakses kepada pembiayaan peralihan kepadapembekal OGSE Malaysia bagi meningkatkan penerimaan dan pendedahan amalan kemampanan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha berkatabeliau menyedari cabaran yang dihadapi oleh pembekal OGSE, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana, dalam mengamalkan amalan kelestarian yang penting ke arah peralihan tenaga.

“Kami sedang bekerjasama dengan pembekal kami untuk menyokong hanya peralihan yang memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.

“PSSP adalah satu pencapaian penting, menyediakan platform bagi industri menunjukkan tindakan praktikal selain memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Petronas akan bertindak sebagai tonggak dalam program GVC, yang mana pembekal akan didedahkan kepada pengetahuan alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta program pembinaan kapasiti khusus untuk industri OGSE yang memenuhi keperluan pembekal dari semua peringkat kematangan.

Melalui program tersebut, pembekal turut menerima manfaat daripada platform risikan kelestarian berpusat, yang menyediakan alat bagi membantu perniagaan mengukur, mengurus dan melaporkan pelepasan karbon serta risiko kemampanan mereka.

“(Mereka juga akan mempunyai) akses kepada pembiayaan seperti fasiliti peralihan rendah karbon Bank Negara Malaysia serta kemudahan teknologi tinggi dan hijauuntuk menyokong usaha peralihan mereka,” tambahnya.

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...