Home Ekonomi Geely Selesai Bentang Pelan Induk Pelaburan Pembangunan AHTV – Saarani
Ekonomi

Geely Selesai Bentang Pelan Induk Pelaburan Pembangunan AHTV – Saarani

Geely Selesai Bentang Pelan Induk Pelaburan Pembangunan AHTV – Saarani

Gambar fail

KUALA KANGSAR, 12 Ogos (Livevartha) — Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang bercadangmelabur bagi membangunkan Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim telah membentangkan pelan induk pelaburan merekakepada kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu mesyuarat akan diadakan pada September ini untuk kerajaan negeri meluluskan pelan induk tersebut.

Beliau berkataGeely merupakan antara syarikat yang kekal komited dengan perancangan pelaburan mereka di Perak termasuk beberapa pelabur asing lain.

"Untuk Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LUMIC) kita menerima RM9.5 juta peruntukan geran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan RM72 bilion untuk pelaburan membangunkan LUMIC,” katanyapada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri Ke-6, di sini, hari ini

Begitu juga pelabur dari China sepertiJinjing Silicon Technology Sdn Bhd, syarikat usaha sama Jinjing Group Ltd dengan Winro Sdn. Bhd yang komited melabur sebanyak RM100 juta diSilver Valley Technology Park (SVTP) danZhejiang Sinopont Technology Co. Ltd (Sinopont) diTaman PerindustrianTasek, kata Saarani.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status komitmen pelaburan asing di negeri tersebut sambil menambah setakat ini tiada isu mana-mana pelabur yang mahu menarik diri daripada melabur di Perak.

Sebelum iniGeely dilaporkan menyatakan komitmennya untuk melabur sebanyak RM30 bilion untuk terus membangunkan Tanjung Malim sebagai hab automobil terbesar di rantau ini.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...