Home Nasional Isu tadbir urus antara agenda penting ditekankan KSN
Nasional

Isu tadbir urus antara agenda penting ditekankan KSN

Isu tadbir urus antara agenda penting ditekankan KSN

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Ogos- Isu tadbir urus menjadi antara agenda penting yang akan diperjuangkan dalam pentadbiran Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Ia senada dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang mengemudi Kerajaan MADANI.

\”Saya yakin dengan jentera kerajaan yang ada, kita dapat berikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.. dengan kepimpinan PM (Perdana Menteri), saya yakin boleh bawa Malaysia ke arah lebih cemerlang,\” katanya pada sidang media selepas sesi \’Clock In\’ di Bangunan Perdana Putra di sini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Pelantikan Shamsul Azri berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara wajib pada 10 Ogos lepas.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai sebarang pengumuman yang akan diumum pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Jumaat ini, Shamsul Azri berkata akan ada berita gembira buat semua penjawat awam.

\”Tak boleh bocor rahsia, insya-Allah berita baik untuk semua penjawat awam,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....