Thursday , 26 December 2024
Home Nasional Akta 4: RM2.9 bilion telah dibayar kepada pencarum setakat Jun 2024 – KESUMA
Nasional

Akta 4: RM2.9 bilion telah dibayar kepada pencarum setakat Jun 2024 – KESUMA

Akta 4: RM2.9 bilion telah dibayar kepada pencarum setakat Jun 2024 – KESUMA

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

GUA MUSANG, 13 Ogos– Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan sejumlah RM2.9 bilion faedah pembayaran kepada pencarum yang layak seluruh negara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bermula Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata caruman melibatkan 708,089 penerima faedah, merangkumi pelbagai kategori seperti Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Hilang Upaya Berpukal dan Berkala, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pencen Ilat, Faedah Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah.

\”Perbelanjaan tanggungan hingga Jun 2024 dan mencecah RM2.9 bilion. Maknanya, bayangkan RM2.9 bilion ini angka yang kerajaan bantu. Ia adalah jumlah sangat tinggi dan pekerja aktif sehingga Jun 2024 adalah 9.1 juta.\”

\”Maknanya, ramai yang terlibat dengan PERKESO ini,\” kata Abdul Rahman kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan PERKESO kepada seorang pemandu lori, Raja Azlan Raja Ibrahim yang mengalami strok separuh badan di Kampung Baru Setar, di sini, hari ini.

Tambahnya, berdasarkan siri kempen yang dijalankan setakat ini juga, selain daripada pekerja yang layak berdaftar di bawah Akta 4, semakin ramai petani, pekebun, peladang dan nelayan daripada kategori mereka yang bekerja sendiri juga sudah terlibat dengan caruman PERKESO dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789).

Jelasnya, kerajaan menggalakkan masyarakat supaya mencarum dengan PERKESO kerana jika berlaku musibah, caruman tersebut akan dapat kepada mereka atau waris keluarga.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam tempoh yang sama juga seramai 518,000 majikan aktif telah berdaftar dengan PERKESO di bawah Akta 4 melibatkan 7.2 juta pekerja.

Sehingga 2 Ogos lepas, seramai 678,000 orang telah berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Dalam perkembangan menjelang Pilihan Raya Kecil Nenggiri (N.43).

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Menurutnya sokongan yang diberikan rakyat Nenggiri kepada Mohd Azmawi Fikri yang lebih dikenali dengan panggilan Awie itu juga dianggap sebagai jambatan penghubung antara DUN Nenggiri dan kerajaan Persekutuan.

\”Saya beri keyakinan kalau ditakdirkan menang, dia adalah menjadi jambatan penghubung kepada kerajaan pusat yang boleh membantu DUN Nenggiri dan membantu Gua Musang.\”

\”Selain itu, beliau boleh menjadi pengimbang bagi kerajaan negeri dan kepada kerajaan,\” tambah Abdul Rahman.

Seramai, 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK Nenggiri N.43 yang membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada 17 Ogos nanti.

Related Articles

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM PerakMANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera...

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto HiasanLABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem...

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di PahangLIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat...

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFPKUALA...