Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Johor cadang letak Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Nasional

Johor cadang letak Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Johor cadang letak Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 12 Ogos-Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Lee Ting Han berkata, perkara itu telah dibincangkan diperingkat negeri, dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa JS-SEZ

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Singapura.

Ujar Ting Han, Forest City dipilih sebagai lokasi SFZ berdasarkan beberapa faktor, termasuk lokasi strategik serta perancangan yang bersesuaian dengan naratif asal pembangunan kawasan terbabit.

Jelasnya, sektor kewangan yang telah diperkasa dalam pembangunanForest City, menjadikan projek SFZ pelengkap kepada Singapura, yang merupakan hab kewangan dan logistik antarabangsa.

Johor juga berhasrat mengembangkan industri kewangannya dengan penyertaan industri perbankan moden.

Usaha tersebut bakal memberikan nilai tambah kepada industri kewangan Singapura, dan sekaligus membangunkan ekonomi baharu melalui SFZ Forest City.

Tambah Ting Han, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan, syarikat kewangan serta pengurus dana dalam dan luar negara, mengenai sektor-sektor yang akan dibangunkan di Forest City.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...