Friday , 20 September 2024
Home Nasional Capai 20.5 juta tontonan media sosial, kerajaan negeri sedia bantu promosi MELAKAfm
Nasional

Capai 20.5 juta tontonan media sosial, kerajaan negeri sedia bantu promosi MELAKAfm

Capai 20.5 juta tontonan media sosial, kerajaan negeri sedia bantu promosi MELAKAfm

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan

ALOR GAJAH, 12 Ogos-Kejayaan MELAKAfm memperoleh 20.5 juta tontonan media sosial, membuktikan ia berjaya menarik minat pendengar.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, kerajaan negeri sedia membantu mempromosikan MELAKA FM untuk terus menjadi pilihan utama seluruh masyarakat.

\”Jadi saya berharap selepas ini rakyat Melaka dapat bersama-sama mengikuti MELAKAfm dan kita nak jadikan MELAKAfm radio nombor satu negara.

\”Pertamanya sudah pasti perancangan di peringkat Jabatan. Keduanya MELAKAfm ini bukannya baru di hati rakyat MELAKA. Sudah lama, tambahan pula dengan pelbagai siaran yang telah direncana melbatkan
pelabagai faktor umur\”, katanya demikian selepas bersiaran di segmen Cerita Pagi Melaka di sini.

Sementara itu, Pengarah Penyiaran Melaka, Siti Norbaini Khairi berkata, MELAKAfm berjaya menjalin hubungan harmoni bersama pendengar di semua platform media sosial stesen radio tersebut.

\”Saya rasa dengan bilangan 20.5 juta yang kita dapat kita bukan sahaja meluaskan kita punya pendengar dalam negara malah kita dapat mendunia sebenarnya.

MELAKAfm telah didengari di seluruh dunia apa yang penting selain daripada mendapatkan nombor yang berjuta-juta adalah menjalinkan hubungan manusiawi dengan pendengar dan menambah bilangan pendengar di MELAKAfm sekaligus melanggani semua media sosial kami\”, katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...