Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS Berikutan Kekurangan Pemangkin Baharu
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS Berikutan Kekurangan Pemangkin Baharu

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS Berikutan Kekurangan Pemangkin Baharu

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menunggu pemangkin baharu, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4620 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4580 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran kewangan bimbang mengenai risiko geopolitik di Timur Tengah, dengan minyak mentah Brent mencecah lebih US$80 setong manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berada pada trend penurunan semalam.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal stabil pada 103 mata manakala dolar AS-yen pada sekitar 147 yen.

“Di peringkat tempatan, petunjuk untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2024 setakat ini dilihat positif, dengan data sektor pembinaan menunjukkan aktiviti industri itu tinggi pada suku tahun tersebut.

“Semua subsektor dalam sektor pembinaan, iaitu kediaman, bukan kediaman, kejuruteraan awam dan aktiviti perdagangan khas, mencatatkan pertumbuhan,” katanya kepada Livevartha.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024.

Data KDNK suku kedua Malaysia akan diumumkan pada Jumaat ini.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...