Monday , 25 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji – Ahmad Jazlan
Politik

PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji – Ahmad Jazlan

PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji – Ahmad Jazlan

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra \’Peneroka dan Felda\’ Berpisah Tiada di Dewan Semai Perasu hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menjawab pertanyaan media pada Program Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan GDW Kampung Renok Baru hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 12 Ogos (Livevartha) — Barisan Nasional (BN) tidakakan melancarkanmanifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sebaliknya hanyaakan memberikan satu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata tidak ada gunanya melancarkan manifesto sekiranya janji yang ditawarkan tidak dapat ditunaikan.

"Bagi kita untuk PRK kali ini, kita tidak akan keluarkan manifesto, kita hanya ada satu manifesto…wakil rakyat kita sekiranya diberikan mandat oleh rakyat akan berkhidmat dan menyelami permasalahan rakyat Nenggiri.

"Yang penting kita berkhidmat kepada rakyat, apa guna melancarkan dan buat manifesto kalau manifesto Pilihan Raya Umum 1990 tidak selesai sampai hari ini," katanya yang merujuk kepada manifesto oleh parti PAS dalam sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata beliau menyerahkan kepada kematangan pengundi di DUN Nenggiri untuk membuat keputusan, Sabtu ini.

"Inilah pemimpin UMNO, 34 tahun di negeri Kelantan…UMNO yang membangunkan Kelantan bukan kerajaan negeri PAS, contohnya Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR), dia (PAS) janji dalam manifesto nak buat lebuh raya rakyat, akhirnya siapa yang menyempurnakan dan melengkapkan? Kerajaan Pusat,” katanya.

PRK DUN Nenggiri pada Sabtuinimenyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...