Thursday , 26 December 2024
Home Nasional EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga
Nasional

EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga

EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Ogos– Hala tuju, dasar dan kerjasama bagi pertumbuhan mampan dalam sektor tenaga dijangka jadi fokus pada Mesyuarat Menteri Tenaga (EMM) APEC di Peru.

Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada mesyuarat dua hari yang akan bermula Khamis ini.

Perbincangan juga tertumpu kepada peralihan tenaga dan usaha mengurangkan jejak karbon ekonomi APEC.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, akan mengetengahkan pendirian negara dalam beberapa isu.

Antaranya, usaha peralihan tenaga negara, memastikan peralihan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.

Ini akan dicapai melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen (HETR), dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Perkongsian dan penglibatan negara dalam inisiatif berkaitan, dijangka mendorong prospek positif bagi potensi pelaburan hijau kepada pelabur dari rantau Asia Pasifik.

Kehadiran dalam mesyuarat itu dijangka mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan bersih dan bernilai tinggi.

Datuk Seri Fadillah turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sejawatan daripada ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang tenaga.

Related Articles

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM PerakMANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera...

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto HiasanLABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem...

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di PahangLIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat...

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFPKUALA...