Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Semua pihak berperanan penting cegah perubahan iklim
Nasional

Semua pihak berperanan penting cegah perubahan iklim

Semua pihak berperanan penting cegah perubahan iklim

Prof Madya Dr. Emilia Abd Malek

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing dalam mengenal pasti serta mencegah perubahan iklim yang melanda dunia yang turut memberi kesan kepada negara.

Saranan tersebut bagi memastikan perubahan ekosistem dapat dikawal daripada berlakunya kejadian banjir kilat, kepanasan melampau serta kepupusan haiwan.

Ketua Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Emilia Abd Malek berkata beliau juga tidak menolak bahawa aktiviti seharian juga menyumbang kepada pemanasan iklim global.

Antaranya eksploitasi alam sekitar, pencemaran udara serta air.

\”Saya rasa semua ia berlaku di seluruh dunia cuma kita dah sentiasa panas, kita tak berasa sangat perubahan itu.

\”Tapi bagi saya, tahun ini suhu lebih panas, pada masa sama hujan turun lebat dan boleh menyebabkan banjirlah, jadi saya rasa kita tak boleh mengelak daripada perubahan iklim,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program terbitan RTM di sini.

Berkenaan Program Tindakan Perubahan Iklim Antarabangsa yang akan diadakan di Pulau Tioman, katanya ia dilihat akan memberi kesedaran serta tindakan yang boleh memberi perubahan secara mendadak.

Ia termasuk mempergiatkan aktiviti pembersihan pantai dan hidupan laut serta membangunkan modul tersebut di sekolah-sekolah.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...