Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Sentimen Positif Dorong Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan
Pasaran

Sentimen Positif Dorong Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

Sentimen Positif Dorong Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Ringgit terus dibuka pada paras yang lebih baik pagi ini, didorong oleh sentimen yang berdaya tahan menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 pada minggu ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 30peratusan dalam mata (pip) kepada 4.4170/4290 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4280 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya data suku kedua yang akan diumumkan pada Jumaat ini tidak akan jauh daripada anggaran awal pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus.

“Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Julai akan dikeluarkan pada Rabu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pada Selasa, dengan trend disinflasi akan kekal,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, KDNK Jepun pada suku kedua 2024 akan diumumkan pada Khamis dengan anggaran konsensus menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.1 peratus selepas ekonomi menguncup 1.8 peratus pada suku pertama 2024.

“Oleh itu, pendirian dasar monetari Bank of Japan juga akan menjadi tumpuan berikutanpeniaga menunggu petunjuk untuk melepaskan dagangan bawaan yen,” katanya.

Justeru, katanya AS/MYR akan berada hampir kepada paras sokongan segerapada RM4.40 hari ini.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...