Monday , 25 November 2024
Home Politik Kempen PRK Nenggiri Masuk Separuh Masa Kedua
Politik

Kempen PRK Nenggiri Masuk Separuh Masa Kedua

Kempen PRK Nenggiri Masuk Separuh Masa Kedua

Parti-parti politik yang bertanding mula memasang bendera parti masing-masing di sekitar kawasan Jambatan Pulau Setelu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh berkempen.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 11 Ogos (Livevartha) — Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kini masuk ke pusingan kedua dengan tempoh berkempen berbaki enamhari lagi untuk calon masing-masing merayu undi daripada kira-kira 20,000 pemilih di DUN berkenaan.

Sepanjang separuh masa pertama kempen, tidak dinafikan cabaran utama kedua-dua calon Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Rizwadi Ismail dari PAS, sudah pastinya untuk bertemu kesemua pengundi di DUN itu yang berkeluasan hampir dua kali ganda saiz Melaka.

Dengan keluasan sedemikian, selain jarak penempatan penduduk yang ada memerlukan sehingga enam jam untuk sampai, ditambah penempatan yang hanya boleh dicapai melalui jalan air, ia membataskan pergerakan kedua-dua calon.

Perang poster juga boleh dikatakan hanya di kawasan berpendudukan ramai, dan tidak begitu meriah di keseluruhan DUN.

BagaimanapunMohd Azmawi Fikri, 38 yang dikenali dengan panggilan ‘Awie’ berkata beliau telah selesai menjalankan ziarah pusingan pertama di semua 20 pusat daerah mengundidi DUN itu pada hari kelima kempen, dan ia akan diteruskan sehingga tamat tempoh berkempen pada 11.59 malam 16 Ogos ini.

Dari segi kempen, berbeza pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, jentera BN yang dibantu Pakatan Harapan (PH) kali ini memilih pendekatan hanya menyantuni pengundi melalui program-program kecil, tanpa ceramah mega, manakala program calon disusun bermula seawal Subuh setiap hari.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semasa ditemui media baru-baru ini berkata BN memillih untuk fokus kepada ceramah kelompok bagi menyantuni pengundi secara dekat yang dipanggilnya ‘gerak tumpu akar umbi’ berbanding ceramah besar-besaran.

“Saya sendiri dan beberapa pemimpin parti ada menyertai ceramah kelompok dan kita tidak mahu menyusahkan orang datang ke ceramah-ceramah besar ni. Puncanya kerana yang ramai datang pun orang luar,” katanya.

Jentera Perikatan Nasional pula dilihat memilih untuk mengadakan ceramah di pentas lebih besar, selain ada di antara kempen ceramah pada waktu malam dibuka dengan persembahan dikir barat bagi menarik kunjungan.

Mohd Rizwadi, 41, mengakui jadualnya setiap hari padat, namunpengalamannya sebagai bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membantu dalam mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh kempen.

Selain kempen bersemuka, kedua-dua calon muda itu turut berkongsi aktiviti harian dan menjawab isu-isu berbangkit di platform media sosial seperti TikTok untuk menarik sokongan pengundi terutamanya golongan belia dan yang merantau jauh di luar Gua Musang.

Bagaimanapunkempen separuh masa pertama yang berjalan tanpa sebarang isu besar ini dicemari juga akhirnya selepas anggota PAS Bachok menggelar DAP sebagai kafir harbi dalam satu sesi ceramah, menyebabkan satu laporan polis dibuat oleh sayap Pemuda DAP negeri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dilapor berkata sehingga semalam, polis menerima empat laporan polis sejak kempen bermula Sabtu minggu lepas.

PRK itu yang ditetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini dan diadakan selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas, menyaksikan seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...