Home Nasional Siar gambar kanak-kanak dalam prosiding jenayah langgar Akta Kanak-Kanak 2001
Nasional

Siar gambar kanak-kanak dalam prosiding jenayah langgar Akta Kanak-Kanak 2001

Siar gambar kanak-kanak dalam prosiding jenayah langgar Akta Kanak-Kanak 2001

Datuk Seri Azalina Othman Said / Foto Fail

PUTRAJAYA, 10 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan orang ramai agar tidak menerbitkan sebarang gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.

Azalina berkata tindakan itu boleh membawa kepada pertuduhan jenayah.

“Merujuk kepada kes yang melibatkan kanak-kanak dalam prosiding jenayah baru-baru ini, saya ingin mengingatkan orang ramai tentang subseksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001 yang melarang penerbitan sebarang gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.

“Pelanggaran peruntukan ini boleh mengakibatkan pertuduhan jenayah. Kita perlu meletakkan kepercayaan kepada undang-undang dan proses sewajarnya apabila menangani kes yang melibatkan kanak-kanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Azalina merujuk kepada kes yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang didakwa memandu tanpa lesen di Mahkamah Majistret, Sepang pada Isnin lepas.

Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor pada 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....