Home Nasional 'Tidak terjejas. Starlink beroperasi seperti biasa' – Fahmi
Nasional

'Tidak terjejas. Starlink beroperasi seperti biasa' – Fahmi

'Tidak terjejas. Starlink beroperasi seperti biasa' – Fahmi

Peranti satelit Starlink

KUALA LUMPUR, 10 Ogos-Keputusan Tesla membatalkan pembukaan kilang di Malaysia tidak menjejaskan perkhidmatan satelit Starlink di negara ini, sebaliknya ia masih beroperasi seperti biasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Tesla dan SpaceX yang mengendalikan Starlink, milik jutawan Elon Musk merupakan dua syarikat yang berbeza.

\”Tidak… ia syarikat berbeza. Starlink tetap beroperasi seperti biasa, mereka tidak terjejas,\” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Tesla membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia dan syarikat itu dijangka hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

BERITA BERKAITAN

  • \’Tak mampu bersaing EV China\’ – Anwar kongsi sebab Tesla batal rancangan
  • Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia
  • Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia – Zafrul
  • Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial – MITI
  • 65,000 cawan kopi hilang dari kilang Tesla di Jerman

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....