Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 105 orang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 105 orang

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 105 orang

FOTO FAIL

IPOH, 11 Ogos – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak masih dibuka bagi menempatkan 105 penduduk terjejas banjir yang terdiri daripada 36 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan berkata, PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam berikutan bencana banjir yang menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

\”Sebanyak 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,\” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi dan petang ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama berada pada tahap bahaya dengan iaitu 12.99 meter.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...