Home Nasional Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah
Nasional

Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah

Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MASJID TANAH, 11 Ogos- Kerajaan Negeri Melaka salur bantuan segera RM300 kepada penduduk terjejas banjir di Masjid Tanah pagi tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bantuan diberi menerusi peruntukkan Tabung Bencana Negeri Melaka.

Ia disalurkan kepada setiap rumah yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Justeru, beliau meminta penduduk terjejas banjir untuk mendaftar bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan.

\”Jadi saya juga turut berdukacita dgn penduduk Masjid Tanah dan penduduk terjejas banjir. Saya menyarankan kepada mereka yang telah ditimpa bencana ini untuk mendaftar diri di pusat pemindahan sementara dalam kawasan yan gakan diberitahu supaya kita dapat menguruskan mereka dengan bantuan segera. RM300 akan diberi pada penduduk yang ditimpa bencana ini,\”katanya.

Datuk Seri Ab Rauf turut meminta semua penduduk terjejas untuk bersabar.

Kerajaan Negeri akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah banjir.

Setakat 7.30 malam tadi seramai 248 penduduk terjejas banjir daripada 48 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Sebanyak 14 kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan bermula pukul 11 pagi tadi.

Related Articles

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMALABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil...

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu
Nasional

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong memberi kata-kata semngat kepada...

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah...

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas...