Sunday , 22 September 2024
Home Nasional Onn Hafiz seru sokongan kepada Muhammad Shah Firdaus
Nasional

Onn Hafiz seru sokongan kepada Muhammad Shah Firdaus

Onn Hafiz seru sokongan kepada Muhammad Shah Firdaus

Foto: FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 11 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat mendoakan kejayaan dan menyatakan sokongan penuh kepada atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Beliau berkata pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu merupakan manifestasi kejayaan yang datang seiring dengan usahanya yang tidak pernah padam.

\”Syabas dan tahniah kepada Muhammad Shah Firdaus yang berjaya mara ke suku akhir acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

\” Ayuh Shah Firdaus! Insya-Allah, seluruh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor akan terus menyokong dan berdiri teguh di belakang anda!

\”Ayuh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor! Sama-sama kita doakan kejayaan dan memberikan sokongan penuh kepada Muhammad Shah Firdaus dalam misi memburu pingat emas pertama negara,\” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pemenang dua gangsa Sukan Asia itu muncul wakil tunggal Malaysia dalam suku akhir acara keirin lelaki pada temasya itu di Velodrom Saint Quentin en Yvelines petang ini.

Pusingan suku akhir dijadualkan pada 5.29 petang, diikuti separuh akhir sejam kemudian dan final pada 7.32 malam.

Semalam, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan seawal pusingan pertama acara itu.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...